Jumaat, 7 Mei 2010

Kickdefella terkucil apabila Husam mencabarnya

·


Saya gembira kerana - Isu RM4 juta: Husam buat penjelasan terbuka malam ini. Dan, saya akan berusaha untuk mendapatkan video ceramah tersebut. InsyAllah saya akan uploadnya di Facebook dan juga youtube sekiranya tiada orang yang tolong upload.

Ramai orang menyalahkan Dato' Husam akan perihal Kickdefella dan RM4 juta. Bagi saya, jika benarlah Dato' Husam terlibat dalam dana RM4 juta ini, saya mengucapkan terima kasih kepada dia kerana, beliau sanggup berhempas pulas mencari dana untuk melawan UMNO.

Kerja kita selaku ahli PAS dan juga Pakatan Rakyat adalah menghapuskan UMNO dari Malaysia ini, supaya PR dapat memenangi pilihan raya dan berjaya memerintah Malaysia. Jika dana RM100 juta sekalipun saya akan tetap bersama dengan Dato' Husam.

Mengapa perlu disokong? Kerana wang tersebut bukan diambil dari wang rakyat, sebabnya Kerajaan Negeri Kelantan telah menafikan penglibatan GMC dalam kerajaan dan juga PAS Pusat dan PAS Negeri Kelantan telah pun menafikan RM4 juta ini. Sekiranya berlaku rasuah, saya yakin dan percaya SPRM akan mencari mereka berlima, yang dikatakan oleh Kickdefella sebagai pemberi dana bagi GMC.

Kickdefella seharusnya menyambut cabaran Dato' Husam, supaya menyebut nama beliau jika benar-benar beliau terlibat dalam angka RM4 juta tersebut. Dato' Husam ada menyebut kepada Malaysiakini:
"Setakat ini saya tidak perlu menjawab, kerana dia (Syed Azidi) tidak menyebut nama saya secara jelas di antara lima orang yang disebut-sebut sebagai dalang dalam gerakan itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. - Malaysiakini
Itu adalah cabaran Dato' Husam kepada Kickdefella, jika Kickdefella berani, sila sebut nama Dato' Husam di dalam blog beliau. Jika tidak, ternyata beliau adalah penakut. Kickdefella tidak berani berdepan dengan Dato' Husam, dia hanya berani memberi persepsi yang salah sahaja kepada Dato' Husam.

Syabas sekali lagi kepada Dato' Husam kerana membuat penjelasan secara terbuka. Mapuh UMNO!

http://setelah.blogspot.com

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails