Jumaat, 7 Mei 2010

Kereta Ketua Polis Turut Kena Kebas

·


KUALA LUMPUR : Polis turut tidak terlepas dari menjadi mangsa jenayah.
Buktinya, sebuah kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar turut dilarikan pencuri ketika pemandunya meninggalkan kenderaan itu di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9 di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi, pemandu Proton Perdana V6 berwarna hitam berkenaan yang berusia 30-an yang juga anggota polis berpangkat koperal, singgah di situ untuk bersarapan.
Sekembalinya dia ke kereta kira-kira 20 minit kemudian, dia mendapati kenderaan itu sudah lesap.
Media dipetik berkata, mangsa yang panik menghubungi balai polis bagi memaklumkan kejadian itu.

                   kereta polis pun kena kebas.aduyai.(skadar hiasan)

“Sekumpulan anggota dihantar ke lokasi kejadian sebelum membawa pemandu terbabit ke balai polis untuk dirakam percakapan,” katanya.
Difahamkan, pemandu terbabit turut menghubungi Khalid yang berada di luar negara untuk memaklumkan kehilangan kereta itu ketika dia dalam perjalanan ke balai polis bagi melaporkan kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi media turut mengesahkan kejadian itu.
“Laporan polis dibuat pemandu terbabit kira-kira jam 10 pagi dan usaha mengesan kereta terbabit sedang dilakukan,” katanya.
Noor Azam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Menurutnya, polis sudah membuat hebahan mengenai kehilangan kereta itu ke semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri serta balai polis.
“Bagaimanapun, kita tidak tahu sama ada kereta itu masih berada dalam negara atau sudah dibawa keluar,” katanya.

http://www.erapakatan.com

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails