Isnin, 3 Mei 2010

Iran minta negara Islam bantu penduduk Palestin

·

TEHERAN - Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki menggesa negara-negara Islam supaya tidak melupakan tanggungjawab berat dalam membantu penduduk Palestin yang tertindas.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Menteri Luar Guinea, Bakary Fofana, kelmarin.

"Negara-negara Islam memikul tanggungjawab berat ke atas Palestin," kata Manouchehr.

Beliau merujuk kepada keadaan sukar yang dialami penduduk Palestin berikutan kepungan tentera Israel serta pendudukan rejim Yahudi.

Dalam pertemuan itu, Bakary menekankan sokongan negaranya ke atas penduduk Palestin.

Penderitaan penduduk Palestin kini semakin meruncing berikutan kepungan tentera Palestin yang menjejaskan keadaan ekonomi mereka.

Kepungan itu menyebabkan penduduk Palestin terpaksa bergadai nyawa untuk membawa masuk barangan keperluan menerusi penyeludupan melalui terowong.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails