Jumaat, 7 Mei 2010

Demonstrasi Bantah APCO

·


KOTA BHARU, 23 Apr - Tindakan kerajaan pusat menerima nasihat daripada perunding APCO Wordwide dalam bidang komunikasi negara akan mengakibatkan penjajahan era baru di negara ini.
PAS Kelantan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri dan Dewan Muslimat telah mengadakan satu demontrasi aman di Dataran Ilmu sebaik sahaja kuliah mingguan yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan berakhir pagi tadi.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakub, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Datuk Mohamed Daud.

Ribuan rakyat tidak berganjak bagi mendengar ceramah ringkas yang disampaikan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Mohd Zaki Ibrahim dan Ketua Pemuda PAS Abdul Latif Abdul Rahman.
Mohd Zaki berkata penerimaan negara ini terhadap syarikat APCO menggambarkan kerajaan negara kini berada dalam konkongan yahudi kerana APCO adalah merupakan syarikat yang pernah menjadi penasihat kepada Perdana Menteri Rejim Israel dulu dan kini Amerika juga menggunakan mereka.
“Penglibatan APCO dalam negara adalah cukup bahaya, ia pernah digunakan oleh Israel tahun 1992 untuk menasihati Perdana Menteri masa itu dan ia juga pernah digunakan oleh Pimpinan Barat”katanya.
Latar belakang syarikat ini adalah merupakan satu isu yang besar dan maklumat yang dikongsi bersama APCO, ini boleh membahayakan keselamatan negara.

“Kita sering mempertahankan maklumat negara ini tetapi kalau ini yang berlaku, ia dengan sendirinya maklumat negara akan mudah sampai ke tangan pihak lain”ujar beliau lagi.
Oleh itu PAS Kelantan mengambil tindakan mendesak kerajaan Pusat agar membatalkan dengan segera hubungan dengan APCO ini kerana sekiranya kita menggunakan khidmat mereka ia seolah-olah kita membantu pihak rejim Yahudi yang secara jelasnya menindas umat Islam di dunia ini.
Zaki juga berkata setakat ini pelbagai tindakan telah diambil oleh Pakatan Rakyat seperti oleh Ahli Parlimen dalam mendesak agar Pusat menamatkan khidmat APCO tersebut.

“Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah mendesak agar Perdana Menteri memberi penjelasan yang sebaik mungkin tentang perkhidmatan APCO di negara ini agar rakyat dapat penjelasan terhadap isu ini”katanya lagi.
Pakatan Rakyat akan menggunakan saluran yang ada dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat terhadap isu APCO dan sudah banyak laporan polis telah dibuat di seluruh negara dan diharapkan ia dapat penyiasatan menyeluruh dari pihak keselamatan negara.

Demontrasi tersebut turut menyaksikan pembakaran patung Perdana Menteri Israel oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

http://gegarkelantan.net

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails