Selasa, 4 Mei 2010

Agenda Kickdefella bukan agenda Islam, PAS

·




 
  

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata bukan menjadi agenda PAS untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin Umno/BN secara peribadi sebagaimana yang blogger Kickdefella dedah kepada media sejak sebulan yang lalu.

Sebaliknya, menurut beliau PAS bertekad untuk menjatuhkan kerajaan Umno/BN menggunakan pilihan raya secara demokratik.


Ekoran itu, beliau menafikan dakwaan Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang kononnya menerima RM4 juta melalui syarikat Global Media Channel (GMC) untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.


Soal siasatan pula, PAS jelas Mustafa akan membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjalankan siasatannya berhubung dakwaan itu.


“Kami akan biarkan SPRM menyiasat sehingga akar umbi,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS pagi tadi

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails